Persatuan Pendidikan Malaysia (PERPEMA) - Malaysian Association for Education (MAE)
Malaysian Association for Education (MAE)
The first professional education body established in 1968 out of the decision from the First National Education Congress held in University Malaya.
The main objective the association is established to gather all levels education professionals like educationalists, teachers, lecturers, trainers and alike that give impact to education, teaching and training.
PERPEMA adalah badan profesional pendidikan tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada 5 Januari 1968 hasil resolusi Kongres Pendidikan Kebangsaan Pertama di Universiti Malaya. Pertubuhan ini mempunyai objektif utama untuk mewujudkan kesatuan dan persaudaraan pendidikan bagi semua peringkat anggota kerjaya perguruan iaitu pendidik, guru, pensyarah, jurulatih dan seumpamanya bagi memberi impak kepada pendidikan, pembelajaran dan latihan.
Sejak ditubuhkan, PERPEMA telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan pendidikan dan kerjaya perguruan. PERPEMA juga sering memberi pandangan konstruktif terhadap isu semasa tentang pendidikan dan perguruan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya, PERPEMA memainkan peranan aktif dalam memandu arah pembangunan dan pemantapan pendidikan negara dengan menganggotai pelbagai jawatankuasa seperti Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. PERPEMA juga aktif dalam menganjurkan pelbagai program bersama pihak berkepentingan pendidikan seperti Program Wira Tak Didendang (Unsung Hero) bagi merayakan bekas guru pada 1990an, contohnya di Pulau Pinang di bawah naungan TYT Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, inisiatif Projek Dengkil yang menjadi asas kepada pembestarian sekolah bermula pada tahun 1996 dan seterusnya di Korea Selatan pada 1998 serta World Teachers Day yang disambut oleh UNESCO saban tahun pada 5 Oktober.
Di peringkat antarabangsa PERPEMA adalah antaranya pengasas Education International (EI), World Educational Research Association (WERA) dan Asia Pacific Educational Research Association (APERA). EI yang berpusat di Brussels dan badan gabungannya di peringkat Asia Pasifik (EIAP) yang berpusat di Bangkok sering terlibat dalam pelbagai penganjuran program dan kajian pendidikan. EI sebagai organisasi payung untuk para guru seluruh dunia dengan keanggotaan seramai 32 juta daripada lebih 142 negara sering melibatkan PERPEMA dalam perbincangan pelbagai isu semasa pendidikan seperti terkini, SDG, the 59 UN Recommendations on the Teaching Profession (May 2024) dan kesan pemanasan global terhadap persekolahan, guru dan pelajar. PERPEMA menjadi perunding berstatus A dengan UNESCO dan berkerja rapat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) dan agensinya termasuk World Bank. PERPEMA juga berkerja rapat dengan pertubuhan dan persatuan guru terutama di peringkat serantau seperti Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI) yang dianggotai oleh 4.3 juta ahli. Matlamatnya adalah untuk menambahbaik perguruan, persekolahan dan pendidikan.
Bagi berkongsi maklumat terkini tentang perkembangan pendidikan Malaysia, negara serantau dan antarabangsa, PERPEMA ada menerbitkan Buletin PERPEMA. PERPEMA juga ada menerbitkan Jurnal Suara Pendidik yang memuatkan makalah terpilih berkaitan kajian pendidikan.
Sejak 56 tahun penubuhannya, PERPEMA telah diterajui oleh 5 pemimpin. Presiden pengasasnya ialah Prof. Dato' Syed Hussein Al-Attas bin Syed Ali Al-Attas, diikuti Tun Arshad bin Ayub, Tan Sri Prof. Dr Awang Had bin Salleh, Prof. Dato' Dr Ibrahim bin Ahmad Bajunid dan Dato' Satinah bte Syed Saleh.
Kini PERPEMA dipimpin oleh Dato' Dr Mohd. Majid Konting.